Wednesday, 1 August 2012

Aku Untukmu Part 1


Perlahan-lahan  Dila  menapak masuk ke dapur rumah  sewa mereka yang hanya sekangkang kera itu. Fuhh,! Ni kalau main masak-masak ni confirm ada yang masak diri sendiri.ok,aku dah start merepek meraban.

Dila hanya melihat sahabat baiknya yang duduk statik di atas kerusi meja makan mereka tanpa menegur.
Selepas sesat dua dan yakin yang si Zack ni tidak akan sedar yang die tercongok dekat situ,Dila mula menegur the sleeping beauty abad ini.
 “Zack..Zack…kita buat reunion nak tak?”Tanya Dila,si cantik manis kepada Zack yang masih lagi kaku ibarat patung mannequein yang tengah peraga baju dekat shopping mall.tapi yang special pasal patung ni adalah jeng jeng jeng…
Masih lagi pakai baju tidur dan bedak sejuk…nasib baik takde ayak liuq je…Apa punya anak dara la kan si zack ni…hehehe

“Zack sayang…kau menung apa tu yang oii?kau dengar tak apa yang aku cakap nie?”soal Dila kegeraman.

“Zackkkkkk….”jerit Dila di tepi telinga Zack.Minah ni tak korek telinga agak nye.Ada lombong emas agaknya dalam telinga dia.

“Opss…sory Dila cumill...kau cakap apa tadi?Aku tak dengar lah.”jawab Zack tersengih-sengih melihat reaksi rakan baiknya yang sedang menahan geram.

“Tu lah engkau..Aku cakap, kau berangan.Ingat kat Abang Mirul ke?hehehe…buat-buat sabar la Zack oii esok kau mesti jumpa dia.Nie,aku cadang nak buat reunion”.Ujar Dila sambil tersengih-segih.

 “Amacam wehh?? okey tak rancangan aku ni.” Zack sudah tersengih dan mengangguk faham.

“Sorry sorry.Aku okey aje.Tapikan kau nak buat kat mana?”soal Zack dengan muka blurr….

“Woi minah..tu yang aku nak tanya kau ni.Even kau tu minah blur aku tetap tanya kau sebab aku tak nak kau nangis..hehehehe…”

Zack sudah mencerlungkan mata dan membaling kusyen pada Dila yang sudah berlari dan menghilang di sebalik dapur rumah sewa mereka.

“woii….kau nak pi mana?kita bincang tak habis lagi nie.”laung Zack dari dapur

“Aku nak masuk bilik air la sayang.ke kau nak ikut aku ke?”Dila turut membalas dengan laungan kuat.Kalau mak mentua dengar confirm reject terus.May be tak de dalam list pon.

“Minah nikan….beria-ria tanya aku but last-last dia yang blah camtu je….apakehal la mak cik ni”.gumam Zack sendirian.

“baik aku pi mandi sat…ada jgk faedah nyer daripada melayan si minah sengal tu”gumam zack berseorangan..



Sedar x sedar.pejam celik pejam celik akhirnya hampir sebulan lebih mereka merancang reunion itu.Dan akhirnya,mimpi menjadi kenyataan…

Nyata kesibukan bekas rakan-rakan sekelas mereka yang lain memaksa mereka berkumpul sedikit lewat daripada tarikh yang dirancang.Malahan ada juga yang tidak dapat hadir. Maklumlah busy dengan family dan study.tapi orang lain x busy ke….biasalah manusia…terkenal sikit mulalah tak nak jumpa dengan kawan-kawan lama kan??ok out of topik la pulak…

Dalam keramaian rakan-rakannya yang tengah seronok duk bersembang sesama mereka , mata Dila terpaku kearah seseorang. Sesorang yang pernah hadir dalam hidupnya sebagai seorang yang istimewa.. Lama matanya merenung si dia bersama teman nya yang sudah tentulah seorang perempuan seksi.Dah nama pun playboy cap buaya tembaga.

Zack yang kebetulan melihat Dila yang tiba-tiba senyap itu terus menyorot pandangan si cowok tadi.. ‘owhhh….patutlah…pakwe lama rupanya’.desis hati Zack.

“Woitt Dila,yang kau renung si Tenkiu tu lama-lama pekehal?cinta berputik kembali ye?”sembur Zack yang memang femes dengan mulutnya yang laser.

“Mana ada…aku tengok orang lain la.Apa kes nak tengok mamat sengal tu”dalih Dila sambil kembali menyuap makanan yang dari tadi tidak disentuh olehnya.

“alolo….kau jangan nak tipu aku la Dila.Aku tahu kau mesti teringatkan mamat tenkiu tu kan?pleaselah…Aku kenal kau dari kecil lagi ok.”

Suara Zack yang kuat itu seakan-akan mengamit kedatangan makhluk yang bernama Tenkiu bersama girlfriendnya yang seksi meksi.Dila terpinga-pinga dengan kemungkinan kehadiran Tenkiu yang sudah melangkah kearah mereka mula mencari idea untuk melarikan diri.


“Zack aku blah dulu ok?kau layan la mamat x sedar diri tu sesorang”

“Wait Dila,kau pehal…nama je minah brutal tapi hati lembut macam kapas..relaks la dulu.Aku nak tengok drama dia orang ni.Kau tunggu la dulu”.Paksa Zack dengan mulutnya yang terjuih-juih.

“Kau jugak yang katakan mencintai seseorang tu, kita tak akan rasa sakit bila melihat dia bahagia dengan orang lain kebahagiaan dia, bahagia kita juga.So apa kes kau nak lari…”.tambah Zack menasihati sahabat baiknya yang keras hati.

“Arasso…arasso.Aku ikut cakap kau.Apa-apa hal kau back up aku ek?

“Dah memang kerja aku jadi back up system kau Dila oii…Dari kecil lagi.Aku dah lali dah pon”.Jawap Zack dengan jawapan yang memang nak makan kasut.

“Kau ni kan Zack memang tak sayang….” Dila tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila tiba-tiba terdengar suara gediks menyampuk perbualan mereka.

“Hello guys…sape sayang sape ni?tak kan korang lesbian kot??uuuuu….geli I…”.

“Ooo….kau rupanya Syaza…eh?kau jelous ke?ayat macam tengah jelous je…kalau betul la kau jeles meh sini aku sayang kau…Mana tahu boleh hilang tahap kegedikan kau tu”.sembur Zack kembali.

‘Budak ni kalau tak disembur, alamat menanah telinga aku’gumam Zack seorang diri.
Memang dari dulu lagi dia tidak kamceng dengan Syaza yang konon-konon nya lawa macam Kajol heroin filem Hindustan tu.Si Syaza ni bukan Kajol tapi kojol..hahahaha.melebih la pulak kan?

“Eh,please la..I tak main tau lesbian-lesbian ni..I straight okey..You all tak nampak ke pakwe I yang hensem lagi macho ni?Kan sayang?sayaaaaannngggg..”panggil Syaza dengan nada manja + gedikss…macam sotong pun ada jugak…

“Sayaaaaaannggg…You tengok apa tu hah?sayaaanggg…”rengek Syaza sambil tangannya mententuh pipi Tenkiu yang masih melihat Dila yang anggun bergaya dengan gaun malamnya.

‘Adoilaa…minah nie…nak bersayang-sayang la pulak…sekali aku sembur baru dia tahu…’fikir Zack di dalam hati
“Kau kan Syazaa…”.

 “Weh minah,kalau kau nak bersayang-sayang dengan cik abang kau yang tak hensem langsung ni kan baik kau blah la weii..kawennya tak lagi sayang je lebih…kau dengar sini..benda ni haram tahu tak??kau tak belajar agama ke?”. Belum sempat Zack meneruskan ayat beracunnya Dila sudah memuntahkan larva gunung berapi.

“Sayang tengok tu..Dila marah I la..”Adu Syaza kepada Tenkiu a.k.a Tengku Qayyum.

Namun sayang seribu kali sayang rengekan Syaz sikit pon tidak menarik perhatian si Tenkiu.Yang lebih menarik perhatian Tenkiu adalah wajah Dila yang kelihatan comel saat kegeraman dan dibasahi peluh.

“Dila,you sihat”.tanya Tenkiu tiba-tiba.
Memang tak peka langsung la si Tenkiu ni.Makwe dia kena marah pun dia buat derkk je…

“You..” rengek Syaza lagi..”

“Maaf Saudara..rasanya saya tak kenal Saudara..Kita pernah jumpa ke?"ujar Dila selamba.Zack yang berada disebelahnya sudah menekup mulut menahan tawa yang bakal meletus.

“What?You tak kenal I Dila?”soal Tenkiu tidak percaya dan bersama perasaan malu apabila melihat ramai kawan-kawannya berbisik-bisik sesam sendiri.

“Dasar perempuan tak tahu malu.Kau tak ingat aku yer?Meh sini kau…”tengking Tenkiu tiba-tiba sambil mengheret Dila ke luar Dewan…

“Maaf sedara,macam tak gentlemen je sikap saudara ni.”tiba-tiba ada suara garau yang mencelah pergaduhan mereka.

‘Mak oii,hensem gila mamat ni.Kalah Micky Yoochun aku’.bisik Zack perlahan.Minah ni mmg gila Korea pun.Lebih-lebih lagi kalau kumpulan DBSK.

“Kau apa hal?Ni bukan urusan kau la”.marah Tenkiu kepada si hero yang tiba-tiba datang menyelamatkan si heroin.Suara Tenkiu mampu menyedarkan kembali Zack yang sudah dijangkiti virus KEpok.

“Maaf..Ini adalah urusan saya kerana saya adalah TUNANG Dila dan kami akan berkahwin bulan depan.Jadi,kalau ada apa-apa masalah saudara boleh bagi tahu saya.”
Tangan Dila yang masih lagi dalam gengaman Tenkiu mula dilepaskan perlahan-lahan.

“Betul ni Dila?”soal Tenkiu dengan nada menahan amarah.

“Betullah..tak kan kau tak percaya kot?.Dah tuan punya badan mengaku yang dia orang dah bertunang,so,betul la tu”Jawab Zack bagi pihak Dila yang masih lagi tergamam dengan pengakuan berani mati si heronya.

“Ahhh..I tak percaya.I akan siasat benda ni dan you tahu kan apa balasan kalau You menipu I kan Dila?”Ujar Tenkiu sambil menyepak kerusi yang berada di depan matanya.

“Jom Syaza…Kita balik.panas je duk kat sini.”ajak Tenkiu kasar.Syaza hanya menurut sambil menghadiahkan senyuman sinis kepada Dila.

“Memang panaslah..Dah mulut kau tu mulut longkang.Bau macam sampah.”Jawab Reza bekas ketua kelas mereka lanatang.
Tenkiu yang berpaling kearah Reza sempat menunjukkan penumbuk nya kepada ketua kelas mereka itu.

Mendengar suara Reza yang lantang, Dila seakan kembali ke alam nyata.Mata yang bundar seakan-akan ingin keluar apabila melihat kawan-kawannya yang mengerumi tempat kejadian.
Perlahan-lahan Dila tunduk.Muka Dila menjadi semakin merah dan perlahan-lahan air matanya gugur setitik demi setitik.

“Cik,cik tak apa-apa” Soal hero yang menyelamatkannya tadi.
Mendengar suaranya yang lembut,air mata Dila semakin deras.Zack mengambil jalan mudah dengan mengajak Dila balik ke rumah sewa mereka.

“Saudara boleh saya mintak kad saudara?nanti saya akan ahubungi saudara lagi.sekarang ni saya perlu uruskan sahabat saya dulu.”pinta Zack kepada hero yng menyelamatkan sahabatnya tadi.

“Korang, aku minta maaf kalu kami merosakkan majlis kita hari ni.Aku minta diri dulu.Assalamualaikum..Jom Dila”Ujar Zack serius.

“Tunggu,biar sya hantar awak berdua balik”Ajak si hero.

“Tak pe la Encik..Lagipun saya drive sendiri.saya pergi dulu”.Tolak Zack dengan baik.

“Jom Dila.”Kasihan sahabatnya yang tidak habis-habis dilanda masalah.Sabarlah Dila.Allah ada bersama kita…